Monday, September 12, 2005

SEKARANG INI.....


Kalu zaman dulu..penyanyi-penyanyi ataupun yang berkaitan dengan seni, dianggap sesuatu yang tidak dipandang mata. Tapi hakikatnya berlainan dengan zaman sekarang..
semakin ramai artis yang dipuja,semakin ramai artis yang dibangga. Dulu kite membesarkan anak-anak kita dengan lagu-lagu yang memuji kebesaran Ilahi, yang memuji kemuliaan akhlak junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w dan kehebatan para sahabat. Tetapi sekarang, berlainan pengajarang kita..anak-anak kita dibesarkan dgn2 lagu artis2 tanah air kita.. teringat satu vieo klip di mana seorang budak kecil yang menyanyikan lagu anuar zain..walaupun tidak berapa lancar tapi hakikatnya sedarkah kita sejauh mane didikan agama Islam terhadap anak kita. Mungkin anak kecil itu mmg dibesarkan dengan lagu2 dari artis tersebut tapi adakah dalam masa yang sama dia juga diajar mengenal huruf Al-Quran..meghafaz surah2 dalam Al-Quran? siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Hasrat kita bersama untuk melahirkan generasi yang cemerlang berlandaskan syariah. Kini di negara kita sibuk dengan ISLAM HADHARI.. tapi apakah kita tau sebenarnya apa itu Islam Hadhari? Kita nak mewujudkan suasana Islam Hadhari iaitu Islam yang bertamadun. Tapi apakah kita kena dengan caranya? Masih ramai lagi yang salah faham akan konsep Islam Hadhari.. bagi insan2 sebegini, mereka menganggap.. "ahhh sekarang ISLAM HADHARI..TAK PAKAI TUDUNG PUN TAKPE..".." AHHH....ISLAM HADHARI TAKPE MUZIK2 NI..".. ramai yang salah anggap sebenarnya apa yang kerajaan laungkan tentang ISLAM HADHARI..kesian kan kalu mereka fikir ISLAM HADHARI ini seperti agama yang baru. Orang yang sebegini selalu menerima tanpa menyelidik apakah pengertian dan maksud di sebaliknya.. Saya bukanlah bermaksud penyokong kuar kerajaan mahupun pembangkang.. saya bukannya ahli politik ataupun yang berminat dengan politik.. saya menulis kerana Allah.. kerana cinta saya kepada Allah dan Rasul. Diri saya juga memerlukan bantuan untuk ke jalanNya.. tapi andainya saya terus dalam suasana masyarakat begini tentunya sedikit sebanyak saya akan dipengaruhi. Saya bukanlah seorang ekstremis agama. Saya hanya seorang hamba yang serba kekurangan...andainya penulisan saya mengganggu emosi, maafkan saya. sebagai manusia tidak salah saling menegur demi kebaikan..wallahualam bissawab





MAKNA AYAT
1.Demi Masa;

2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Mencintai Mu

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْأَعْمَالَ الّذِي يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ . “Ya Allah, aku memohon kecintaan-Mu,...