Sakit sebenarnya bila kau perlu berperang dengan emosi dan
fizikal yang bertentangan. Fizikal menjadi lesu dan lemah tapi otak mengatakan
kau harus kuat dan harus melawan. Seluruh tubuh kau akan rasa gemuruh, gementar
dan kau merasai diri kau bergetar dan di awangan. Lebih sakit bila kau sedar
yang kau keseorangan dan kesunyian tapi segalanya kau harus pikul sendirian.
Lalu kesedihan mula menguasai diri kau dan fizikal kau kian lemah tak bermaya.
Namun kau cuba mengatasinya dengan memberi arahan kepada otak kau agar
mengatakan kau kuat dan kau harus kuat.
.
Maka berlakulah pertembungan yang amat dasyat membuatkan kau
stuck dan keliru. Apa perasaan kau sebenarnya. Akhirnya kau rasa kau perlu
bersendirian menangis meratapi keadaan diri kau.
.
Secara zahir kau masih mampu tersenyum namun itu semua
kepuraan yang jelas kau lakukan. Ada waktu
kau ingin pergi jauh dari sesiapa yang mengenali kau. Kau ingin bersendirian
menikmati betapa indahnya alam. Wanginya hutan selepas hujan, deruan air terjun
yang mempersonakan dan desiran angin yang berbisik syahdu di cuping telinga mu.
Ingin rasanya terbang bebas seperti sang helang namun tampak gagah dan hebat di
langit biru. Ingin seperti rama-rama yang terbang cantik dan hinggap di
bunga-bunga mencari manisnya kehidupan.
.
Namun hakikat yang jelas, kau tetap sendirian dan terus
bersendirian. Takkan ada yang memahami rasa yang kau alami. Teman? Mungkin juga
itu takdir kau sendirian. Atau mungkin juga kau tidak layak berteman. Maka
hiduplah kau dalam kesunyian selama-lamanya. Tidak perlu kamu bercerita tentang
kehidupan kau pada sesiapa. Kerana mereka cuma hanya boleh mendengarnya sahaja.
Jika ada pun mungkin hanya boleh mengatakan.. “ kesiannya kau”.. “biar betul
hidup kau camtu”.. paling elok pun kau akan dengar “sabar yer..ini ujian untuk
kau”.
.
Tapi kenapa kau selalu ingin membahagiakan orang sedangkan
kau sendiri tak bahagia? Kenapa perlu kau berkorban untuk orang lain sedangkan
orang takkan menghargai setiap apa yang kau korbankan? Berbaloikah apa yang
lakukan?
.
Sakit bila bermain dengan emosi, jiwa dan fizikal. Memang
sakit..
Lebih sakit bila menyedari yang kau itu adalah “Aku”!!!