Friday, June 12, 2020

CAN WE KISS FOREVER

Bila aku sedih, memang aku akan dengar lagu ni berulang walaupun dua tiga jam.

Ada rasa pilu dan aku ingin baring sepanjang hari. 

CAN WE KISS FOREVER

I tried to reach you, I can’t hide
How strong's the feeling when we dive
I crossed the ocean of my mind
My wounds are healing with the salt
All my senses intensified
Whenever you and I, we dive
I crossed the ocean of my mind
But in the end I drown
You push me down, down


All the shame
When you called my name
I felt pain
When you came


https://youtu.be/ZJH0yuQ1cQI


RINDU YANG PELBAGAI

Aku teringat seorang adik ni. Dia agak muda dari ku selang beberapa tahun. Bagiku memang ku anggap seperti adik tapi ada masanya ku hormati dia seperti abang. Sebab tutur katanya sangat teratur dan aku mudah memahami..memang aku akui, aku selesa sangat dengan dia.
.
Ntah kenapa dalam perasaan aku agak terganggu sekarang aku terus teringat kata-kata dan nasihatnya. Walaupun aku menganggap dia hanya menggunakan aku untuk tujuan kehendaknya tapi aku still boleh terima nasihat-nasihatnya.
.
Hati aku jadi sayu sangat. Ya, memang hatiku mudah tersentuh. Pada mulanya memang aku berniat menjauhkan diri darinya tapi ada masa ingatan terhadap dia muncul. Aku tak minta pun dan aku gigih untuk melupakan dia. Aku tak mengenalinya dan tak ingin pun mengenalinya lebih lanjut sebab aku sangat berhati-hati sekarang untuk aku bercerita perihal tentang masalah aku. Tapi dengan dia aku macam terpukau, senang-senang je aku berkongsi rasa dengan dia. Damn.. kenapa aku rindu budak tu.
.
Tapi bagi ku dia seorang yang jujur dan lurus. Hahaha sweet kan? Biasa lah adik-adik.Ya, aku memang suka manjakan sesiapa esp adik-adikku. Semua manja kededek dengan aku esp adik bongsu. Dia memang suka sangat nak cium ketiak aku dan ayah aku. Katanya wangi. hahaha..Dan aku memang suka sangat gosok kepala adik-adik ku sebagaimana ayah suka menggosokkan tangannya atas kepala kami. Rasa dilindungi dan disayangi.
.
Hmmm.. ayah. Ya, Aku still bertuah mempunyai seorang ayah yang penyayang dan sentiasa ada untuk kami. Tapi takkan aku nak cerita masalah aku dengan ayah kot. Agak-agaklah kan. Mana aku nak letak air muka aku yang selama ini dipandang tinggi oleh keluargaku.
.
Rindu arwah mak. Mak seorang isteri yang sangat baik dan ayah sendiri lafazkannya depan kami ketika mak pergi. Ayah kata, ayah redha atas mak sebagai isteri yang sangat solehah. Mak sangat sayangkan ayah dan aku tak pernah dengar sekalipun mak meninggi kan suara dengan ayah. Berbeza dengan aku lantang bersuara kalau berhujah. hahaha.
.
Ironinya.. siapa sangka mak pergi dahulu dan meninggalkan amanat yang kami telah tunaikan. Amanah mak untuk mengahwinkan ayah dengan ummi.
.
Besar kan kasih sayang mak pada ayah. Aku pun nak begitu juga. menyayangi suami sepenuh hati melayani seperti raja dan ingin disayangi seperti permaisuri. Tapi hanya angan-angan. Aku pun tak berharap.
.
Huh.. baru aku teringat ntah berapa lama yer aku tak menjamah nasi. hanya sedikit lauk yang ku sentuh, biskut dan air sahaja.
.
ni semua gara-gara orang khianat dengan no hp aku tu. Selama 2 minggu hidup aku huru hara. memang mangkuk hayun betul lah yang pedajal aku tu.

YOU ARE THE REASON

There goes my heart beating
'Cause you are the reason
I'm losing my sleep
Please come back now
And there goes my mind racing
And you are the reason
That I'm still breathing
I'm hopeless now

I'd climb every mountain
And swim every ocean
Just to be with you
And fix what I've broken
Oh, 'cause I need you to see
That you are the reason

There goes my hands shaking
And you are the reason
My heart keeps bleeding
I need you now
If I could turn back the clock
I'd make sure the light defeated the dark
I'd spend every hour of every day
Keeping you safe

SABARLAH DUHAI HATI

Baru tadi aku betul-betul hilang sabar. Aku menjerit sekuat hati. Adrenaline rush semakin laju mengalir ke seluruh tubuhku. Kali ni benar-benar melampau. Kau datang rumah aku biarpun aku dah larang. Kau ceroboh masuk ke rumah ku. Bila masa kau ada kunci pendua pun aku tak tahu. Kau pandai manipulate aku.
.
Mujur aku tadi kunci bilik membatu dalam bilik sendirian. Cukup lah kau beri tekanan dalam otak aku. dalam dua minggu ni macam-macam ujian aku lalui. Tapi kau mana? kerja kau mengutuk aku mengeji aku seolah-olah itu salah aku punca dari aku.
.
Bila aku ceritakan pada kau ketika aku depress sebab nombor tel aku orang khianat, kau hanya ketawakan aku dan anggap itu perkara biasa. Bila aku marah kau kata aku masuk dalam group lucah. Jahat-jahat aku, aku bukan jenis macam tu. Ikut kau je untuk tuduh dan hina aku. Kau anggap aku kaki layan jantan. Kau tuduh aku pelacur. Bila masa aku layan jantan. Kerja aku hanya berkerja sahaja dan sibukkan diri.
.
Dulu macam-macam aku buat untuk jaga hati kau. Kau bergaya di kelilingi wanita seksi. Aku cuba menjadi seperti mereka supaya aku kekal hebat di mata kau. Aku cantikkan diri aku. Aku jaga penampilan ku supaya kau bangga keluar bersama ku.Aku berusaha keras supaya aku setanding berdiri dan berjalan denganmu. Aku buat segalanya dengan terbaik dan aku berjaya mengubah penampilanku. Tapi kau tak hargai apa yang aku lakukan untuk kau. Kau tuduh aku berselingkuh di belakang kau. Kau tuduh aku skandal dengan ustaz di tempat kerja aku. Kau cabar aku.. cari lelaki ustaz dan berkahwin dengan ustaz. 
.
Keji sungguh tomahan kau. Kau downgrade aku. Kau takut-takutkan aku dengan mengatakan takkan ada lelaki inginkan aku sebab aku gila. Kau tau tak kau hanya buat aku menangis. Manusia toxic macam kau hanya buat aku bersedih. Buat aku rasa rendah diri.
.
Silap besar aku pernah cerita pada kau masalah aku
.
Kali ni memang kau melampau. Kau dah hina aku macam-macam tapi kenapa kau cari aku lagi kenapa kau paksa aku untuk terima kau. Aku dah tawar hati.
.
Suicide.. makan ubat overdose. bodoh kan aku. Kenapa aku sampai terpikir tahap ini? Walaupun derita dalam dunia ini aku tak mahu derita dalam dunia seterusnya...

arghhh come on babe... come on.. love urself. tarik nafas lepas tarik nafas dan lepas... Kau kena sayang diri kau walaupun tiada siapa yang menyayangi kau.

Sabarlah duhai hati..

tidur... tidurlah puas-puas agar bila aku bangun nanti semuanya kembali indah.

SURRENDER

We let the waters rise
We drifted to survive
I needed you to stay
But I let you drift away
My love, where are you?
My love, where are you?
Whenever you're ready, can we surrender?
Whenever you're ready, can we surrender?
Can we surrender?
Can we surrender?
Can we surrender?
Can we surrender?
Can we surrender?
I surrender
I surrender
No one will win this time
I just want you back
I'm running to your side
Flying my white flag, my white flag
Whenever


LOST

Aku rasa semakin selesa meluahkannya di alam maya kerana tiada siapa akan mengenaliku. Selama ini hanya diari penemanku tapi aku hampir kantoi bila adik aku terjumpa dan baca dengan kuat. Mangkuk betul. Aku terus rasa gementar dan marah sangat.
.
Huh..

Akhirnya aku bakar diari-diari ku yang sudah lama ku kumpul. Cuma ada yang tinggal tahun lepas dan awal tahun sahaja. Aku rasa nak menangis saat ini. I feel lonely. Tiada orang memahami jiwaku saat ini. Aku seolah-seolah semakin tenggelam dan aku risau karam dalam ribut perasaan dan pergolakkan dalaman jiwaku.

Aku takut. Aku takut jika nafsuku melebihi akal aku takut jika emosi menguasai diri. Aku ingin  melepaskannya. Tapi aku wanita. Ianya akan memberi kesan yang sangat buruk dalam hidupku jika aku melakukannya.

Aku rasa berdosa dengan Mu Ya Tuhan. Aku jadi semakin lost dan aku jadi semakin munafik dan aku malu mengaku Islam.

Dapatkan khidmat nasihat dari pakar agama? dari kaunselor? bagi aku nope. Tidak. Mereka hanyalah plastik. Mereka akan mentertawakan ku dan memandang hina padaku.

Paling keji bila ada kalangan mereka yang ingin mengambil kesempatan padaku.

Aku semakin sukar mempercayai sesiapa. Sedangkan diri aku juga aku sukar percaya. Tapi aku tak mahu tenggelam dalam krisis identiti.

Someone told me, jika aku melepaskan dan melakukannya aku akan pulih. Hidup aku akan normal. dan aku akan anggap keinginan ku itu sesuatu yang biasa dan boleh diubati.

Perlukah aku mengikut nasihat itu? Bolehkan aku melakukannya dengan niat aku bukan seorang Islam ketika itu? Sempatkah aku bertaubat semula?

AKU STUCK AKU SEMAKIN NUMB


DESTINASI CINTA

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa didalam hati
Ku gelintar segenap

Me as Pleaser

Aku seorang yang berdikari dan tidak suka menyusahkan sesiapa. Tetapi aku juga seorang yang suka menyusahkan diri aku untuk orang lain. Some words called it as People Pleaser.

.

Aku terlalu suka membantu orang menyenangkan orang lain sedangkan perasaan aku sendiri tergadai entah ke mana. Ada masa aku akan menjadi seorang yang pemendam rasa hingga membuatkan sel-sel otak aku ni jadi berpintal dan stuck di situ. Dari segi kewangan tak perlu cakap lah, aku memang mudah ditipu hahaha. Ramai yang dating menceritakan masalah mereka dan jika mereka kesempitan wang aku mudah-mudah je bagi pinjam. Ada sampai satu tahap, kawan aku hendak pinjam RM2k hanya untuk beli handphone canggih. Hello, aku pun pakai hp cikai-cikai. Tapi aku bagi juga sebab dia cakap baj bayar bulanan kepada aku. Sudahnya sudah setahun dia diam, aku pun diam. Sadiskan.  Bak kata kawan baik aku, dari kau tolong dia saja-saja baik kau bagi aku. Haha. Itu belum lagi kisah-kisah yang jadikan aku sebagai banker or atm dorang. Pinjam sikit-sikit tapi membukit. Akhirnya aku Cuma cakap dengan kawan baik ku. Takpelah, aku halal kan. Mana lah kawan baik aku tak naik hangin dengan aku. Sampai ada pernah seketika, kawan baik aku sendiri yang pergi minta duit yang orang berhutang dengan aku.

.

Itu belum lagi, yang menipu meminta simpati dari aku. Aku lemah sangat kalau orang merayu, orang kesusahan memang hati aku jadi lembut. Kadang-kadang aku bantu mereka berniaga secara zero modal. Aku bagi produk-produk aku ajar mereka berniaga sudahnya stok ntah ke mana duit ntah ke mana. Aku rasa kerja aku ni duk menanggung rugi orang jelah. Tapi aku pernah terpikir, Allah bagi aku rezeki yang tak pernah putus mungkin sebab ini. Sebab aku akan tolong sesiapa saja yang minta pertolongan aku. Aku x pernah kata tidak.

.

Cuma dari segi keinginan dan nafsu aku, aku masih mampu mengatakan tidak pada mereka yang mengajak aku melakukannya dengan real. Aku masih waras.  Aku teringat seorang ex aku ni. Dia tahu aku bagaimana dan dia pernah memaksa aku untuk melakukannya dengan nya sedangkan aku ingin berkahwin dahulu. Aku pernah dipukul dan dicubit kerana cuba melawan untuk melakukannya. Bayangkan jika pasangan kau lebih besar dari kau, tinggi besar sado tapi kau dipukul dan dicubit olehnya.  Bengkak dan lebam. Sudahnya kami putus dan aku melarikan diri darinya walaupun hingga sekarang dia mencari aku. Aku takut lelaki yang baran. Aku malu kena herdik depan orang ramai sedangkan aku sendiri tak tahu apa salah aku.  Walaupun keinginan nafsu ku agak liar tapi itu tidak bermaksud aku merelakan dia melepaskan barannya padaku.  Aku tahu dia sayangkan aku sangat tapi aku tak boleh nak stand dengan sifat barannya. Aku mudah takut, gemuruh dan aku akan jadi trauma setiap kali dia membesarkan mata dan meninggikan suaranya.

.

Ya memang aku sangat sayangkannya sebab jenis aku memang stick the one. Tak kisahlah datang ramai mana lelaki pun aku tetap setia. Ya, dia pun seorang yang hensem , tinggi dan ramai peminat. Kadang kala hatiku terguris bila aku tahu dia berhubung dengan ex dia. Dan Ex dia pernah bagitau aku yang dia sentiasa sayangkan ex aku sampai mati. Cinta mereka sampai mati. Dah tu kalau cinta sampai mati, aku ni apa? Bila aku suarakan pada dia, aku hanya di maki dan di marah. Katanya ex dia tu lebih lama kenal dia berbanding aku. Habis tu aku ni apa? Suka hati datang dan pergi. Aku pun ada hati ada perasaan.

.

Sekarang kau menagih semula kasih aku sebab kau tau aku mudah kasihan. Kau gunakan kelemahan aku untuk rasa simpati pada kau. Tapi tidak kali ini. Kau tunjuklah banyak mana duit kau harta kau, aku tak peduli. Sebab aku pun mampu berkerja keras untuk dapatkan semua tu.

.

Aku wanita yang kuat, aku wanita yang cekal. Aku berdikari..


PELIK

Hari ini aku paksakan diri ke klinik juga untuk dapatkan ubat sebab sukar tidur. Ubat sebelum ni memang aku tak makan sangat sebab aku masih lagi boleh kawal tidur aku dan malangnya ubat tersebut dah selamat entah ke mana.
.
Malam tadi aku terpaksa hadir bertugas walaupun aku dah minta untuk dikecualikan kerana faktor kesihatan. Tapi susah aku untuk ceritakan masalah aku dan menyebabkan mereka yang terlibat sukar memahami maksud yang ingin aku sampaikan. Jadi aku turuti juga walaupun aku boleh je bersuara kenapa asyik aku? Kenapa orang lain tak kena? aku tahu aku mempunyai ciri sebagai PEOPLE PLESER. aku susah hendak mengatakan tidak dan aku mudah untuk bersikap tidak sampai hati. 
.
aku jadi kesunyian. Aku tiada tempat untuk saya luahkan rasa. Aku sendiri sukar mengerti tentang diri aku tapi aku masih mengharap ada orang memahami aku. Its sound too weird kan? Ya, aku ada beberapa orang kawan baik tapi tak semua kawan baik betul-betul memahami kita. Semalam aku pernah meluahkan masalah aku pada salah seorang sahabat, aku hanya ditertawakan. Tapi aku tak menyalahkannya kerana aku sendiri seorang yang riang dan suka buat orang ketawa. Mana mungkin ada masalah emosi sebegitu. Mungkin kawan aku fikir aku bergurau. Tapi, bila aku mendiamkan diri dan menyendiri mereka cuba memahami dan bertanya. Tapi aku masih mendiamkan diri dan aku hanya mampu berkata "maaf aku kurang sihatlah".
.
Depress semakin menguasai diri aku bilamana aku terlalu memikirkan kesalahan yang telah aku lakukan. Ya Allah.. aku sangat-sangat buntu dan malu padaMu. Aku malu juga pada seorang individu yang aku pernah berkongsi cerita dengannya.Selama ini aku begitu jaga rahsia diri ku dan keinginanku. Cuma perasaan itu sedikit terubat kerana aku tidak mendedahkan sepenuhnya diriku dan wajahku sepenuhnya. Aku rasa jijik sangat dengan diriku. Mungkin juga jika orang mengenali aku pun turut merasakan jijiknya terhadap aku. Ya, aku manusia paling hipokrit. Berselindung di sebalik watak yang baik tapi hakikatnya aku bukan begitu. Hatiku jadi hancur ibarat kepingan cermin kaca yang terhempas di lantai. Sakit, pedih, luka. Aku melukakan diri aku sendiri. Kenapa aku bodoh sangat menunjukkan sesuatu yang milik aku kepada orang lain yang tak sepatutnya ku tunjuk. Bodohnya aku. Jahilnya aku.
.
Aku jadi hanyut dalam nafsu ku. Sedangkan aku tak minta untuk begitu. Aku ingin jadi wanita normal yang punyai keluarga yang bahagia. Bukannya tiada orang mahukan ku tapi aku terlalu sangsi, takut. Dua pinangan aku tolak dengan alasan aku belum bersedia. Walaupun family arrangement juga aku tetap mengatakan tidak.
.
Bercinta pun pernah. Putus cinta pun pernah. Bila aku betul-betul bersedia tapi aku dikhianati. Bila pasangan aku dah bersedia aku mula rasa sangsi. Hingga macam-macam pergaduhan berlaku. Caci maki dan akhirnya aku di gelar perempuan gila tak bermaruah. serius, aku sentap dan trigger sangat.
Aku benci ayat tu. Ok, aku tak layak untuk sesiapa sebab aku jahat.
.
Tapi itu tak bermakna aku boleh serahkan diri aku pada mana-mana lelaki. Arghh lelaki semua sama, kerja hanya memuaskan nafsu sahaja lepas tu mereka akan tinggalkan kita. Aku takkan jadi bodoh untuk serahkan diri aku sesuka hati.  Lelaki jika mereka berkahwin mereka akan cari yang baik-baik. tapi bila hendak buat jahat mereka akan cari orang seperti aku. Kejam kan? Dalam erti kata aku akan dianggap perempuan tak baik walaupun aku sendiri sedar memang aku tak baik.
.
Tuhan? Aku malu untuk meminta lebih dariNya. Sebab aku sendiri tidak memberi apa-apa balasan kepadaNya sebagai seorang Hamba.
.
Orang cakap kalau kita selalu diuji maksudnya Allah sayangkan kita. Aku selalu pujuk diri aku begitu. Walaupun aku pernah terpikir samada Islam ni agama yang benar ke? Aku pernah terbayang aku menjadi seorang bukan Islam bagaimanakah hidup ku? Aku pernah berfikir untuk minum sesuatu yang memabukkan dan bergembira dengan ramai lelaki. Aku rasa selesa jika dikelilingi lelaki. Allahu. maafkan daku. Sebab aku terbabas berfikir sehingga ke tahap itu. Pelik.. Ya, manusia pelik itu memang aku.😢😢😢😢😢
.

- Metafora Jiwa


Thursday, June 11, 2020

Ku layarkan Keinsafan - Ku Mohon HidayahMu

Actually, its been a while ... i left my writing world.

Ku hanya menulis di buku dan di kertas.

Tapi hari ni, jadi terlalu depress. So i need someone untuk aku menangis dan melepaskan keresahan dan gemuruh diri..

Semakin hari semakin sakit dada. terlalu sesak. Bukan tiada yang bertanya dan memberikan harapan. Tapi aku takut. Aku terlalu takut hingga jadi paranoid dengan diri sendiri.

Apakah ada kebahagiaan buat diri ku? Adakah ada jalan aku dapatkan kembali diri ku? Aku semakin hilang dalam bayangan diri sendiri. 

Ya Allah.. ku semakin jauh dari Mu. Bagaimana untuk ku mulakan kembali cintaku padaMu. 

Allahu.. sesak begitu sesak dadaku. Bagaikan batu besar yang menghempap kerana aku begitu sesal. Aku melakukan kesilapan yang mungkin ku takkan maafkan diriku. Bagaimana untuk ku berhadapan dengan mu?

Aku terlalu jahil. 

-TintaMawardah-





Layar Keinsafan- Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan

Mencintai Mu

الّلهُÙ…َّ Ø¥ِÙ†ِّÙ‰ Ø£َسْØ£َÙ„ُÙƒَ Ø­ُبَّÙƒَ ÙˆَØ­ُبَّ Ù…َÙ†ْ ÙŠُØ­ِبُّÙƒَ ÙˆَالْØ£َعْÙ…َالَ الّØ°ِÙŠ ÙŠُبَÙ„ِّغُÙ†ِÙ‰ Ø­ُبَّÙƒَ . “Ya Allah, aku memohon kecintaan-Mu,...