Friday, June 12, 2020

PELIK

Hari ini aku paksakan diri ke klinik juga untuk dapatkan ubat sebab sukar tidur. Ubat sebelum ni memang aku tak makan sangat sebab aku masih lagi boleh kawal tidur aku dan malangnya ubat tersebut dah selamat entah ke mana.
.
Malam tadi aku terpaksa hadir bertugas walaupun aku dah minta untuk dikecualikan kerana faktor kesihatan. Tapi susah aku untuk ceritakan masalah aku dan menyebabkan mereka yang terlibat sukar memahami maksud yang ingin aku sampaikan. Jadi aku turuti juga walaupun aku boleh je bersuara kenapa asyik aku? Kenapa orang lain tak kena? aku tahu aku mempunyai ciri sebagai PEOPLE PLESER. aku susah hendak mengatakan tidak dan aku mudah untuk bersikap tidak sampai hati. 
.
aku jadi kesunyian. Aku tiada tempat untuk saya luahkan rasa. Aku sendiri sukar mengerti tentang diri aku tapi aku masih mengharap ada orang memahami aku. Its sound too weird kan? Ya, aku ada beberapa orang kawan baik tapi tak semua kawan baik betul-betul memahami kita. Semalam aku pernah meluahkan masalah aku pada salah seorang sahabat, aku hanya ditertawakan. Tapi aku tak menyalahkannya kerana aku sendiri seorang yang riang dan suka buat orang ketawa. Mana mungkin ada masalah emosi sebegitu. Mungkin kawan aku fikir aku bergurau. Tapi, bila aku mendiamkan diri dan menyendiri mereka cuba memahami dan bertanya. Tapi aku masih mendiamkan diri dan aku hanya mampu berkata "maaf aku kurang sihatlah".
.
Depress semakin menguasai diri aku bilamana aku terlalu memikirkan kesalahan yang telah aku lakukan. Ya Allah.. aku sangat-sangat buntu dan malu padaMu. Aku malu juga pada seorang individu yang aku pernah berkongsi cerita dengannya.Selama ini aku begitu jaga rahsia diri ku dan keinginanku. Cuma perasaan itu sedikit terubat kerana aku tidak mendedahkan sepenuhnya diriku dan wajahku sepenuhnya. Aku rasa jijik sangat dengan diriku. Mungkin juga jika orang mengenali aku pun turut merasakan jijiknya terhadap aku. Ya, aku manusia paling hipokrit. Berselindung di sebalik watak yang baik tapi hakikatnya aku bukan begitu. Hatiku jadi hancur ibarat kepingan cermin kaca yang terhempas di lantai. Sakit, pedih, luka. Aku melukakan diri aku sendiri. Kenapa aku bodoh sangat menunjukkan sesuatu yang milik aku kepada orang lain yang tak sepatutnya ku tunjuk. Bodohnya aku. Jahilnya aku.
.
Aku jadi hanyut dalam nafsu ku. Sedangkan aku tak minta untuk begitu. Aku ingin jadi wanita normal yang punyai keluarga yang bahagia. Bukannya tiada orang mahukan ku tapi aku terlalu sangsi, takut. Dua pinangan aku tolak dengan alasan aku belum bersedia. Walaupun family arrangement juga aku tetap mengatakan tidak.
.
Bercinta pun pernah. Putus cinta pun pernah. Bila aku betul-betul bersedia tapi aku dikhianati. Bila pasangan aku dah bersedia aku mula rasa sangsi. Hingga macam-macam pergaduhan berlaku. Caci maki dan akhirnya aku di gelar perempuan gila tak bermaruah. serius, aku sentap dan trigger sangat.
Aku benci ayat tu. Ok, aku tak layak untuk sesiapa sebab aku jahat.
.
Tapi itu tak bermakna aku boleh serahkan diri aku pada mana-mana lelaki. Arghh lelaki semua sama, kerja hanya memuaskan nafsu sahaja lepas tu mereka akan tinggalkan kita. Aku takkan jadi bodoh untuk serahkan diri aku sesuka hati.  Lelaki jika mereka berkahwin mereka akan cari yang baik-baik. tapi bila hendak buat jahat mereka akan cari orang seperti aku. Kejam kan? Dalam erti kata aku akan dianggap perempuan tak baik walaupun aku sendiri sedar memang aku tak baik.
.
Tuhan? Aku malu untuk meminta lebih dariNya. Sebab aku sendiri tidak memberi apa-apa balasan kepadaNya sebagai seorang Hamba.
.
Orang cakap kalau kita selalu diuji maksudnya Allah sayangkan kita. Aku selalu pujuk diri aku begitu. Walaupun aku pernah terpikir samada Islam ni agama yang benar ke? Aku pernah terbayang aku menjadi seorang bukan Islam bagaimanakah hidup ku? Aku pernah berfikir untuk minum sesuatu yang memabukkan dan bergembira dengan ramai lelaki. Aku rasa selesa jika dikelilingi lelaki. Allahu. maafkan daku. Sebab aku terbabas berfikir sehingga ke tahap itu. Pelik.. Ya, manusia pelik itu memang aku.😢😢😢😢😢
.

- Metafora Jiwa


No comments:

Mencintai Mu

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْأَعْمَالَ الّذِي يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ . “Ya Allah, aku memohon kecintaan-Mu,...