Friday, June 12, 2020

Me as Pleaser

Aku seorang yang berdikari dan tidak suka menyusahkan sesiapa. Tetapi aku juga seorang yang suka menyusahkan diri aku untuk orang lain. Some words called it as People Pleaser.

.

Aku terlalu suka membantu orang menyenangkan orang lain sedangkan perasaan aku sendiri tergadai entah ke mana. Ada masa aku akan menjadi seorang yang pemendam rasa hingga membuatkan sel-sel otak aku ni jadi berpintal dan stuck di situ. Dari segi kewangan tak perlu cakap lah, aku memang mudah ditipu hahaha. Ramai yang dating menceritakan masalah mereka dan jika mereka kesempitan wang aku mudah-mudah je bagi pinjam. Ada sampai satu tahap, kawan aku hendak pinjam RM2k hanya untuk beli handphone canggih. Hello, aku pun pakai hp cikai-cikai. Tapi aku bagi juga sebab dia cakap baj bayar bulanan kepada aku. Sudahnya sudah setahun dia diam, aku pun diam. Sadiskan.  Bak kata kawan baik aku, dari kau tolong dia saja-saja baik kau bagi aku. Haha. Itu belum lagi kisah-kisah yang jadikan aku sebagai banker or atm dorang. Pinjam sikit-sikit tapi membukit. Akhirnya aku Cuma cakap dengan kawan baik ku. Takpelah, aku halal kan. Mana lah kawan baik aku tak naik hangin dengan aku. Sampai ada pernah seketika, kawan baik aku sendiri yang pergi minta duit yang orang berhutang dengan aku.

.

Itu belum lagi, yang menipu meminta simpati dari aku. Aku lemah sangat kalau orang merayu, orang kesusahan memang hati aku jadi lembut. Kadang-kadang aku bantu mereka berniaga secara zero modal. Aku bagi produk-produk aku ajar mereka berniaga sudahnya stok ntah ke mana duit ntah ke mana. Aku rasa kerja aku ni duk menanggung rugi orang jelah. Tapi aku pernah terpikir, Allah bagi aku rezeki yang tak pernah putus mungkin sebab ini. Sebab aku akan tolong sesiapa saja yang minta pertolongan aku. Aku x pernah kata tidak.

.

Cuma dari segi keinginan dan nafsu aku, aku masih mampu mengatakan tidak pada mereka yang mengajak aku melakukannya dengan real. Aku masih waras.  Aku teringat seorang ex aku ni. Dia tahu aku bagaimana dan dia pernah memaksa aku untuk melakukannya dengan nya sedangkan aku ingin berkahwin dahulu. Aku pernah dipukul dan dicubit kerana cuba melawan untuk melakukannya. Bayangkan jika pasangan kau lebih besar dari kau, tinggi besar sado tapi kau dipukul dan dicubit olehnya.  Bengkak dan lebam. Sudahnya kami putus dan aku melarikan diri darinya walaupun hingga sekarang dia mencari aku. Aku takut lelaki yang baran. Aku malu kena herdik depan orang ramai sedangkan aku sendiri tak tahu apa salah aku.  Walaupun keinginan nafsu ku agak liar tapi itu tidak bermaksud aku merelakan dia melepaskan barannya padaku.  Aku tahu dia sayangkan aku sangat tapi aku tak boleh nak stand dengan sifat barannya. Aku mudah takut, gemuruh dan aku akan jadi trauma setiap kali dia membesarkan mata dan meninggikan suaranya.

.

Ya memang aku sangat sayangkannya sebab jenis aku memang stick the one. Tak kisahlah datang ramai mana lelaki pun aku tetap setia. Ya, dia pun seorang yang hensem , tinggi dan ramai peminat. Kadang kala hatiku terguris bila aku tahu dia berhubung dengan ex dia. Dan Ex dia pernah bagitau aku yang dia sentiasa sayangkan ex aku sampai mati. Cinta mereka sampai mati. Dah tu kalau cinta sampai mati, aku ni apa? Bila aku suarakan pada dia, aku hanya di maki dan di marah. Katanya ex dia tu lebih lama kenal dia berbanding aku. Habis tu aku ni apa? Suka hati datang dan pergi. Aku pun ada hati ada perasaan.

.

Sekarang kau menagih semula kasih aku sebab kau tau aku mudah kasihan. Kau gunakan kelemahan aku untuk rasa simpati pada kau. Tapi tidak kali ini. Kau tunjuklah banyak mana duit kau harta kau, aku tak peduli. Sebab aku pun mampu berkerja keras untuk dapatkan semua tu.

.

Aku wanita yang kuat, aku wanita yang cekal. Aku berdikari..


No comments:

Mencintai Mu

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْأَعْمَالَ الّذِي يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ . “Ya Allah, aku memohon kecintaan-Mu,...