Friday, June 12, 2020

LOST

Aku rasa semakin selesa meluahkannya di alam maya kerana tiada siapa akan mengenaliku. Selama ini hanya diari penemanku tapi aku hampir kantoi bila adik aku terjumpa dan baca dengan kuat. Mangkuk betul. Aku terus rasa gementar dan marah sangat.
.
Huh..

Akhirnya aku bakar diari-diari ku yang sudah lama ku kumpul. Cuma ada yang tinggal tahun lepas dan awal tahun sahaja. Aku rasa nak menangis saat ini. I feel lonely. Tiada orang memahami jiwaku saat ini. Aku seolah-seolah semakin tenggelam dan aku risau karam dalam ribut perasaan dan pergolakkan dalaman jiwaku.

Aku takut. Aku takut jika nafsuku melebihi akal aku takut jika emosi menguasai diri. Aku ingin  melepaskannya. Tapi aku wanita. Ianya akan memberi kesan yang sangat buruk dalam hidupku jika aku melakukannya.

Aku rasa berdosa dengan Mu Ya Tuhan. Aku jadi semakin lost dan aku jadi semakin munafik dan aku malu mengaku Islam.

Dapatkan khidmat nasihat dari pakar agama? dari kaunselor? bagi aku nope. Tidak. Mereka hanyalah plastik. Mereka akan mentertawakan ku dan memandang hina padaku.

Paling keji bila ada kalangan mereka yang ingin mengambil kesempatan padaku.

Aku semakin sukar mempercayai sesiapa. Sedangkan diri aku juga aku sukar percaya. Tapi aku tak mahu tenggelam dalam krisis identiti.

Someone told me, jika aku melepaskan dan melakukannya aku akan pulih. Hidup aku akan normal. dan aku akan anggap keinginan ku itu sesuatu yang biasa dan boleh diubati.

Perlukah aku mengikut nasihat itu? Bolehkan aku melakukannya dengan niat aku bukan seorang Islam ketika itu? Sempatkah aku bertaubat semula?

AKU STUCK AKU SEMAKIN NUMB


DESTINASI CINTA

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Destinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa didalam hati
Ku gelintar segenap

No comments:

Mencintai Mu

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْأَعْمَالَ الّذِي يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ . “Ya Allah, aku memohon kecintaan-Mu,...