Wednesday, July 01, 2020

BILA FASA KESEDIHAN MULA MENGUASAI

Sakit sebenarnya bila kau perlu berperang dengan emosi dan fizikal yang bertentangan. Fizikal menjadi lesu dan lemah tapi otak mengatakan kau harus kuat dan harus melawan. Seluruh tubuh kau akan rasa gemuruh, gementar dan kau merasai diri kau bergetar dan di awangan. Lebih sakit bila kau sedar yang kau keseorangan dan kesunyian tapi segalanya kau harus pikul sendirian. Lalu kesedihan mula menguasai diri kau dan fizikal kau kian lemah tak bermaya. Namun kau cuba mengatasinya dengan memberi arahan kepada otak kau agar mengatakan kau kuat dan kau harus kuat.

.

Maka berlakulah pertembungan yang amat dasyat membuatkan kau stuck dan keliru. Apa perasaan kau sebenarnya. Akhirnya kau rasa kau perlu bersendirian menangis meratapi keadaan diri kau.

.

Secara zahir kau masih mampu tersenyum namun itu semua kepuraan yang jelas kau lakukan.  Ada waktu kau ingin pergi jauh dari sesiapa yang mengenali kau. Kau ingin bersendirian menikmati betapa indahnya alam. Wanginya hutan selepas hujan, deruan air terjun yang mempersonakan dan desiran angin yang berbisik syahdu di cuping telinga mu. Ingin rasanya terbang bebas seperti sang helang namun tampak gagah dan hebat di langit biru. Ingin seperti rama-rama yang terbang cantik dan hinggap di bunga-bunga mencari manisnya kehidupan.

.

Namun hakikat yang jelas, kau tetap sendirian dan terus bersendirian. Takkan ada yang memahami rasa yang kau alami. Teman? Mungkin juga itu takdir kau sendirian. Atau mungkin juga kau tidak layak berteman. Maka hiduplah kau dalam kesunyian selama-lamanya. Tidak perlu kamu bercerita tentang kehidupan kau pada sesiapa. Kerana mereka cuma hanya boleh mendengarnya sahaja. Jika ada pun mungkin hanya boleh mengatakan.. “ kesiannya kau”.. “biar betul hidup kau camtu”.. paling elok pun kau akan dengar “sabar yer..ini ujian untuk kau”.

.

Tapi kenapa kau selalu ingin membahagiakan orang sedangkan kau sendiri tak bahagia? Kenapa perlu kau berkorban untuk orang lain sedangkan orang takkan menghargai setiap apa yang kau korbankan? Berbaloikah apa yang lakukan?

.

Sakit bila bermain dengan emosi, jiwa dan fizikal. Memang sakit..

Lebih sakit bila menyedari yang kau itu adalah “Aku”!!!



No comments:

Mencintai Mu

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْأَعْمَالَ الّذِي يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ . “Ya Allah, aku memohon kecintaan-Mu,...