Monday, June 15, 2020

AKU DAN AURA GARAM BUKIT



Hari ini merupakan kedua aku kembali melakukan rutin mandian berasaskan garam bukit. Kisahnya bermula begini...

Aku memang pengamal mandian garam bukit atau paling tidak pun  mandian bidara. Semua ini bermula dari aku mula menjalani perubatan Islam. Tapi keadaan dan gangguan yang ku alami sebelum ni mungkin sudah pulih dan aku menjalani kehidupan harian ku seperti biasa. Cuma masalah dari segi kesihatan emosi aku perlu lagi dikawal dan dirawat.

Sekian lama aku meninggalkan amalan mandi garam bukit ini tapi aku kini melakukannya kembali. Ya, sudah sifat manusia mudah melupakan. Agak bertahun juga aku melupakan rutin mandian ku ini. Mungkin juga faktor masa, kekangan kerja dan bisnes yang menjadi punca aku semakin lupa rutin ku ini.

Tapi, baru-baru ini ada dua orang yang inbox aku tentang masalahnya. Sebenarnya aku bukan lah kaunselor atau perunding cara. Tapi aku mampu menjadi pendengar masalah dan aku boleh memberikan pendapat dari buah fikiranku. Itu adalah sifatku jika dari kiraan metafizik kejadianku itulah sifatku. Agen pengubah hidup seseorang. Sound macam wow sangat kan? Hahaha.

Kisah mereka berdua lebih kepada kisah depress akibat cinta. Ya, siapa sangka lelaki ada juga yang sangat menghargai cinta dan sangat memberikan komitmen terhadap hubungan namun sang perempuan juga yang mempermainkan mereka. Sadis kan? Dan lebih sadis mereka mencari aku sebagai tempat luahan mereka? Why me? Kan aku perempuan. Mungkin sifat empati aku seiring dengan simpati yang menjadi tarikan aku sebagai tempat luahan mereka. Aku bukan memuji diri tapi memang aku banyak memikul dan memendam kisah mereka-mereka yang menjadikan aku tempat luahan mereka. Sebenarnya bukan hanya lelaki tetapi juga perempuan. 

Pandangan aku terhadap sesuatu perkara tidak "bias" dan lebih kepada bersifat neutral. Apa yang aku hendak luahkan di sini bukanlah tentang diri aku sebagai tempat luahan. Aku relatedkan dengan penceritaan pertama. Di mana pandangan terhadap kedua-dua lelaki tersebut, mereka kena buang ion-ion negatif yang melekat di badan mereka. Sebagai contoh kisah lelaki pertama yang dilukai oleh 5 orang wanita sebelum ini sehinggan mengakibatkan rasa percaya terhadap wanita hilang sama sekali.

Apa yang ku katakan pada dia. Dia masih lagi ok masih lagi kuat dan dia masih lagi mempercayai wanita lain. Kalau tidak masakan, dia meluahkan rasa kecewanya dan meminta pandangan dariku yang merupakan seorang wanita. Cuma waktu, ketika, tempat dan individu yang salah hadir dalam hidup dia. 

Apa yang aku sarankan padanya, mandilah dengan air garam bukit. Supaya yang negatif keluar dari tubuhnya dan dia menjadi magnet kepada mereka yang bersifat positif. Bila energy tubuhnya menghasilkan aura yang positif, automatik yang hadir padanya hanya positif dan mereka yang mempunyai aura negatif akan pergi jauh dariNya. Dari situ memudahkan percarian jodohnya yang betul-betul menjadi soulmatenya.

Apabila aku menyarakankan kepadanya langkah mandian ini, automatik aku menasihatkan diri aku supaya kembali mengamalkan rutin mandian ku ini. Simple sahaja, mandian garam yang terbaik ialah selepas pukul 12.00 tengah malam dan berakhir sebelum subuh. Itu adalah timing yang terbaik. 

Kenapa aku katakana begitu? Itu kerana pada waktu tersebut merupakan waktu di mana tenaga bumi yang sangat kuat waktu itu. Jadi waktu ini yang terbaik untuk menyerap seberapa banyak tenaga bumi ke dalam diri kita untuk kita dapat kembangkan pembesaran aura dalam tubuh kite. Sebab itulah, waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk kita bertemu dan beribadah kepada Allah melalui amalan solat sunat taubat, tahajud, istikorag, hajat dan lain-lain.

Namun jika tidak sempat pada waktu itu masi boleh lagi mandi pada waktu yang lain asalkan bukan selepas 6 petang-12 malam. Ini disebabkan tenaga bumi yang sangat lemah dan mungkin juga ia tidak berfungsi.

Saranan mandi garam ni tidak semua boleh menerimanya. Ada yang kata meleket lah, syirik, buang masa, khurafat dan tak logic. Namun adakalanya kita harus merendahkan ego dan mendengar saranan orang lain.

Sebenarnya ramai mungkin tidak faham  atau tidak tahu atau tidak mendengar penjelasan  sampai habis, bukan dengar sekerat sekerat je terus buat keputusan. Bukan semua orang tahu garam bukit itu sendiri telah diturunkan oleh Allah sebagai ubat penyembuh kepada 1001 penyakit. Setiap penyakit ada ubatnya dan tugas kita mencarinya yang sesuai dengan penyakit kita. Andainya kita tidak mencuba bagaimana untuk kita mengetahuinya yang mana lebih baik untuk kita.

Selain dari mandian garam bukit, aku juga menyarankan untuk melakukan rutin mandian ais. Tentang mandian ais aku akan kupaskan kemudian.

Nanti aku akan kupaskan seterusnya lagi mengenaik khasiat mandian garam bukit ini. Hmmm jam menunjukkan 2.00 pagi jadi aku nak melakukan rutin mandian ku. Semoga Allah membantuku untuk memulihkan diri dan mendatangkan segala yang baik-baik dan positif dalam hidup aku dan menjauhkan mereka yang bersifat negative dan toxic dari hidup aku.

 

 


No comments:

Mencintai Mu

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْأَعْمَالَ الّذِي يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ . “Ya Allah, aku memohon kecintaan-Mu,...